AGENDAJENAYAH

Polis rakam keterangan dua individu kes campak bayi dari kondomonium

KUALA LUMPUR, 10 MAC: Dua individu dipercayai saksi kejadian bayi lelaki yang ditemukan maut di sebuah kondomonium di Sri Petaling di sini semalam, telah dirakam percakapan mereka hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood yang mengesahkan perkara itu berkata sehingga kini polis masih mengumpul maklumat bagi mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut.

“Tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Beliau berkata proses bedah siasat ke atas bayi berkenaan dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya bermula 2 petang tadi.

Semalam, seorang bayi lelaki baru lahir yang masih bertali pusat ditemukan maut selepas dipercayai dicampak dari aras tinggi di kondominium berkenaan sehingga mengakibatkan bahagian kepalanya pecah.

– BERNAMA


Pengarang :