Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) menggunakan aplikasi PLATS untuk menebus kupon digital RM10 pada Program PLATS Masuk Bazar di Bazar Ramadan, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi pada 30 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Semarak agenda pendigitalan, 500 kupon digital diedar di bazar Ramadan

HULU LANGAT, 30 MAC: Sebanyak 500 Kupon Digital Rahmah bernilai RM10 diedar secara percuma kepada pengunjung bazar Ramadan Seksyen 3, Bandar Baru Bangi di sini, hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ia sebahagian usaha Kerajaan Negeri ke arah menggalakkan pendigitalan perniagaan terutama dalam kalangan penjaja kecil.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada Program PLATS Masuk Bazar di Bazar Ramadan, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi pada 30 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

“Orang ramai boleh menebus kupon bernilai RM10 secara percuma hari ini untuk pembelian di bazar Ramadan ini.

“Pengedaran kupon juga sebahagian promosi untuk menarik penyertaan peniaga dalam Platform Selangor (PLATS),” katanya selepas meninjau bazar berkenaan.

Amirudin berkata setakat ini lebih 20,000 peniaga dan penjaja kecil menyertai PLATS yang dibangunkan pentadbiran negeri untuk meluaskan pasaran dan meningkatkan jualan mereka.

“Satu perkembangan yang baik apabila mereka masuk ke PLATS banyak manfaat yang diterima menerusi pelbagai program dianjurkan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI termasuklah usaha pendigitalan perniagaan,” katanya.

Terdahulu, Amirudin meluangkan masa beramah mesra dan mengedarkan kuih raya kepada peniaga di bazar berkenaan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (kanan) berswafoto bersama pengunjung pada Program PLATS Masuk Bazar di Bazar Ramadan, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi pada 30 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

PLATS diperkenal pada Ramadan 2020 bagi melengkapkan ekosistem Agenda Pendigitalan Selangor menerusi platform digital susulan penularan wabak Covid-19.

Ia merupakan inisiatif Kerajaan Selangor bagi membantu golongan perusahaan kecil, mikro dan sederhana (PMKS) untuk mengadaptasi pendigitalan dalam perniagaan.

PLATS juga memperkenalkan inisiatif baharu iaitu program Latihan Pembangunan Usahawan Plats (U-PLATS) bagi membantu usahawan menguruskan perniagaan secara digital.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif MBI Saipolyazan M Yusop (tengah) dan Ketua Tanggungjawab Sosial Korperat MBI Ahmad Azri Zainal Nor menunjukkan kupon Digital pada Program PLATS Masuk Bazar di Bazar Ramadan, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi pada 30 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Pengarang :