Wakil Rakyat Sungai Air Tawar Datuk Rizam Ismail menyampaikan bantuan kepada institusi agama sempena Ramadan pada 16 Mac 2024. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Saipolyazan Mat Yusop (kiri). Foto Rizam Ismail.
ADNSELANGOR

Sempena Ramadan, 53 institusi Islam di DUN Sungai Air Tawar terima sumbangan

SHAH ALAM, 17 MAC: Sejumlah RM159,000 diagihkan kepada 53 institusi agama Islam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar sempena Ramadan ini.

Wakil rakyat Datuk Rizam Ismail berkata agihan melibatkan 15 masjid dan 38 surau, masing-masing menerima RM3,000 bagi menjalankan aktiviti pengimarahan.

“Sumbangan ini daripada Menteri Besaf Selangor (Pemerbadanan) atau MBI. Serahan dibuat semalam dan turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif MBI Saipolyazan Mat Yusop.

“Diharapkan sumbangan ini dapat membantu aktivi menginarah masjid dan surau berjalan lancar,” katanya kepada SelangorKini.

Sempena Ramadan tahun ini, MBI memperuntuk RM4 juta bagi menjayakan program Ihya Ramadan merangkumi sumbangan kepada masjid, surau, golongan asnaf dan penganjuran berbuka puasa.

Wakil Rakyat Sungai Air Tawar Datuk Rizam Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Saipolyazan Mat Yusop bergambar bersama wakil institusi agama selepas majlis bantuan Ramadan pada 16 Mac 2024. Foto Rizam Ismail

Pengarang :