Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat (SEMAT) menerima kunjungan juara dunia Formula Satu (F1) Lewis Hamilton sempena program Jalinan Petronas Petrosains sempena ulang tahun ke-50 syarikat berkenaan pada 15 Mac 2024. Foto SEMAT
AGENSISELANGOR

SMK Seri Keramat terima sumbangan lebih RM50,000 naik taraf kemudahan sekolah

SHAH ALAM, 24 MAC: Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat (SEMAT) menerima peruntukan lebih RM50,000 daripada pelbagai pihak untuk keselesaan pelajarnya.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berkata antara bantuan melibatkan sumbangan RM15,000 daripada kerajaan persekutuan serta  RM15,000 dari Kerajaan Negeri.

“Sumbangan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu diterima awal Mac untuk membaiki bilik kaunseling manakala Dato’ Menteri Besar memberikan bantuan itu hujung tahun lalu untuk struktur bangunan.

“Sepanjang tahun lalu juga Dato’ Seri Amirudin Shari menghulur pelbagai sumbangan demi pembangunan pelajar. Minggu lalu juga PIBG menerima dana RM1,000 untuk kerja persatuan,” kata Dato’ Zainol Abidin Mohamed.

Beliau berkata Pengetua Noraini Ibrahim memaklumkan turut menerima sumbangan RM20,000 dari persatuan alumni bertujuan menjalankan kerja mengecat dan menceriakan sekolah.

Minggu lalu, SEMAT dikunjungi juara bertahan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1), Lewis Hamilton yang menjayakan program Jalinan Petronas Petrosains sempena ulang tahun ke-50 syarikat berkenaan.

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat pada 23 Mac 2024. Foto SEMAT

Pengarang :