Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan sumbangan ketika majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Aidilfitri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 13 Mac 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Sultan berbuka puasa bersama rakyat, serah sumbangan raya kepada 430 asnaf

SHAH ALAM, 13 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Hajah Norashikin serta Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah turut menyampaikan sumbangan raya RM215,000 kepada 430 penerima meliputi asnaf, miskin dan mualaf sekitar Petaling.

Dalam majlis sama, Sultan Sharafuddin turut berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada empat anak syarikat Kerajaan Negeri didahului Kumpulan Perangsang Selangor Berhad berjumlah RM5.057 juta.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima cek cura bayaran zakat daripada Wakil Worldwide Holdings ketika majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Aidilfitri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 13 Mac 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Diikuti Kumpulan Worldwide Holdings (RM2.82 juta), Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI (RM1.913 juta) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (RM1 juta).

Baginda Tuanku juga turut melancarkan sambutan ke-30 tahun penubuhan Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebagai institusi yang menerajui perubahan dalam pengurusan zakat di negeri ini.

Selepas santapan berbuka puasa, DYMM Sultan Selangor berkenan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan sunat Tarawih berjemaah.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menandatangani bagi melancarkan sambutan jubli mutiara LZS ketika majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Aidilfitri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 13 Mac 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :