Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan melihat pameran ketika majlis Santapan Petang sempena Ulang Tahun ke-40 Puspanita Negeri Selangor di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 4 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Tengku Permaisuri rasmi sambutan ulang tahun Puspanita Selangor ke-40

SHAH ALAM, 4 MAC: Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor berkenan mencemar duli ke majlis santapan petang Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) sempena ulang tahun ke-40 hari ini.

Tengku Permaisuri Hajah Norashikin turut berkenan melafazkan ucapan dan menyempurnakan gimik perasmian dengan menurunkan tanda tangan di atas papan tanda Selamat Datang yang akan dipamerkan di Rumah Puspanita Selangor.

Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menyampaikan penghargaan kepada bekas pengerusi Puspanita Selangor ketika majlis Santapan Petang sempena Ulang Tahun ke-40 Puspanita Negeri Selangor di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 4 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Baginda turut berkenan menyampaikan sijil penghargaan kepada tiga penerima Ikon Puspanita Selangor dan bekas pengerusi Puspanita Selangor yang berkhidmat dari 1994 hingga 2021.

Terdahulu, keberangkatan Baginda ke Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) disambut Penaung Puspanita Selangor Datin Seri Masdiana Muhamad dan EXCO Wanita Anfaal Saari.

Turut hadir Pengerusi Puspanita negeri Datin Padiah Safian dan Yang Dipertua Puspanita Kebangsaan Puan Seri Norizam Che Mohd Nor.

Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan bergambar bersama ketika majlis Santapan Petang bersama Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri sempena Ulang Tahun ke-40 Puspanita Negeri Selangor di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 4 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Majlis yang dihadiri lebih 400 ahli Puspanita Selangor dimeriahkan dengan persembahan artis legenda Datuk Khatijah Ibrahim.

Sementara itu, dalam sembah ucapan kepada Tengku Permaisuri Selangor, Padiah memaklumkan setakat ini Puspanita di Selangor memiliki 8,366 ahli dan sejak penubuhannya telah diterajui 16 pengerusi.

Pengerusi Puspanita Selangor Datin Setia Padiah Safian berucap ketika majlis Santapan Petang bersama Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri sempena Ulang Tahun ke-40 Puspanita Negeri Selangor di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 4 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Pelbagai aktiviti dilaksana Puspanita berteraskan 5K iaitu kekeluargaan, keagamaan dan pendidikan, kebajikan, kesukanan dan keusahawanan. Antara aktiviti dianjurkan berbentuk lawatan ilmiah, ceramah dan kemahiran.

“Puspanita Selangor turut terlibat secara langsung dalam program Kerajaan Negeri seperti Jelajah Selangor Penyayang di setiap daerah. Selain itu, kenangan paling manis kami mendapat tempat ke tiga kategori badan swasta/ pertubuhan bukan kerajaan pada kawad perbarisan sambutan ulang tahun Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri,” katanya.

Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan melihat pameran ketika majlis Santapan Petang sempena Ulang Tahun ke-40 Puspanita Negeri Selangor di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 4 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :