ADNSELANGOR

Agih baucar kepada pengunjung jualan mega DUN Kuala Kubu Bharu esok

SHAH ALAM, 6 APR: Seramai 400 pengunjung terawal Jualan Mega Ehsan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu esok berpeluang mendapat baucar RM5 untuk pembelian barangan.

Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Bharu memaklumkan berlangsung di Jalan Ara 5, JRD Batang Kali pengunjung boleh mendapatkan nombor giliran seawal 8 pagi dan jualan bermula 9 pagi.

“Berita baik untuk penduduk DUN Kuala Kubu Bharu, Pusat Khidmat ADUN Kuala Kubu Bharu menyediakan baucar RM5 kepada 400 pelanggan terawal.

“Terdapat potongan harga (barangan) menanti anda. Ayuh, datanglah beramai-ramai,” katanya menerusi Facebook.

Sebelum ini EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata program Jualan Mega Ehsan Aidilfitri yang bermula Rabu lalu hingga esok dijangka memanfaatkan 250,000 isi rumah.

Lima barangan utama iaitu ayam, daging, telur, minyak masak dan beras akan dijual pada harga subsidi melibatkan peruntukan RM296,439.

Jualan mega dianjurkan di 18 lokasi dengan 14,800 ekor ayam disediakan selain daging segar (6,100 kg) daging beku (2,000 kg) telur (9,400 papan), minyak (3,976 botol) dan beras (7,600 kampit).


Pengarang :