Aliran trafik menuju ke Plaza Tol Gombak mulai sesak susulan orang ramai memulakan pergerakan untuk pulang ke kampung sempena sambutan Aidilfitri ketika tinjauan pada 6 April 2024. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Aidilfitri: Aliran trafik dijangka meningkat susulan tol percuma bermula hari ini

KUALA LUMPUR, 8 APRIL: Aliran trafik dijangka meningkat susulan pengguna jalan raya mengambil peluang pemberian tol percuma di semua lebuh raya bermula hari ini.

Bagaimanapun, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan setakat 8 pagi ini, jumlah kenderaan masih terkawal dan trafik di beberapa lebuh raya utama lancar.

“Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2 dilaporkan lancar untuk dilalui setakat ini.

“Namun, trafik bergerak sedikit perlahan sebelum memasuki terowong Genting Sempah di Lebuhraya KL – Karak (KLK),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.

– BERNAMA


Pengarang :