Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama tetamu pada jamuan Aidifitri Kampung Ampang Pecah di Balai Raya Taman Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu pada 14 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Amirudin teruskan ziarah Aidilftri bersama penduduk Batang Kali

HULU SELANGOR, 14 APRIL: Dato’ Menteri Besar meneruskan ziarah Aidilfitri dengan mengunjungi jamuan anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Batang Kali malam ini.

Bertempat di Balai Raya Taman Seri Batang Kali, kehadiran Dato’ Seri Amirudin Shari kira-kira 9.30 malam itu disambut lebih 300 penduduk di kawasan sekitar.

Amirudin juga sempat meluangkan masa beramah mesra dan berswafoto dengan tetamu sebelum menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan ucapan pada jamuan Aidifitri Kampung Ampang Pecah di Balai Raya Taman Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu pada 14 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Berucap pada majlis, Amirudin berkata beliau gembira dapat bersama rakyat ke jamuan Aidilfitri yang diraikan dengan penuh gembira.

“Semoga Aidilfitri kali ini kembalikan kita semua kepada fitrah yang dapat mengawal jiwa dan fikiran dengan cara betul serta menolak nafsu amarah sekali gus membawa kepada perpaduan,” katanya.

Petang tadi, Amirudin memulakan program ziarah raya di sekitar Kuala Kubu Bharu dengan menghadiri jamuan Aidilfitri di Kampung Pasir Kerling, Kuala Kubu Bharu.

Amirudin kemudiannya menziarahi Naib Pengerusi Veteran UMNO Hulu Selangor, Md Yusoff@Mustafa Kamarudin di kediamannya di Taman Pesara, Kuala Kubu Bharu.

Selepas itu, beliau menghadiri jamuan Aidilfitri di Kampung Ampang Pechah dan merasmikan perayaan tahun baru Tamil Chittirai Puttandu di Kampung Chuang Rasa.

 


Pengarang :