EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin menyampaikan cenderhati kepada pengamal media pada majlis berbuka puasa bersama media di Restoran Chandat @ Terapung, Shah Alam pada 1 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

EXCO: Covid-19 terkawal, ambil langkah berjaga-jaga ketika musim perayaan

SHAH ALAM, 2 APRIL: Situasi kes Covid-19 di Selangor ketika ini berada dalam keadaan terkawal, maklum EXCO Kesihatan Awam.

Jamaliah Jamaluddin bagaimanapun meminta masyarakat untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga terutama ketika musim perayaan.

“Sudah menjadi trend apabila ada musim cuti atau perayaan memang kes (Covid-19) dilihat sedikit meningkat cuma setakat ini kita lihat masih terkawal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa bersama pengamal media di Restoran Chandat@Terapung di sini semalam.

Susulan itu, Jamaliah turut menggalakkan masyarakat untuk memakai pelitup muka terutama golongan individu berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan wanita mengandung.

“Meskipun kes Covid-19 masih terkawal tetapi anda dinasihatkan untuk memakai pelitup muka ketika berkunjung ke tempat sesak,” katanya.


Pengarang :