EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin menyampaikan (tengah) bergambar bersama pengamal media yang hadir pada majlis berbuka puasa bersama media di Restoran Chandat @ Terapung, Shah Alam pada 1 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

EXCO kesihatan berbuka puasa bersama media, erat kerjasama

SHAH ALAM, 1 APRIL: Seramai 30 pengamal media diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama EXCO kesihatan awam di Restoran Chandat@Terapung di sini hari ini.

Jamaliah Jamaluddin ketika ditemui berkata majlis tersebut bertujuan mengeratkan silaturahim antara wakil rakyat dan pengamal media selain bertukar pandangan mengenai program rakyat.

“Insya-Allah, saya bercadang untuk jadikan majlis ini sebagai acara tahunan atau tradisi setiap tahun untuk meraikan semua media.

“Penting kerjasama wakil rakyat dan media untuk memastikan segala inisiatif yang kita laksanakan dapat diuar-uarkan kepada umum,” katanya.

Antara pengamal media yang hadir dari Media Selangor, Radio Televisyen Malaysia, Berita Harian, Utusan, Sinar Harian, MalaysiaKini dan Bernama.

EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin bertukar pandangan bersama pengamal media ketika majlis berbuka puasa di Restoran Chandat @ Terapung, Shah Alam pada 1 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Pengarang :