Gempa bumi kuat berukuran 7.3 pada skala Richter berpusat di 130 km tenggara dari Taichung, Taiwan dengan kedalaman 47 km pada 3 Mac 2024. Foto Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia
AGENDAGLOBAL

Gempa bumi kuat 7.3 skala Richter landa Taiwan

KUALA LUMPUR, 3 APRIL: Gempa bumi kuat berukuran 7.3 pada skala Richter melanda Taiwan pada 7.58 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan pusat gempa bumi itu terletak di 130 kilometer (km) tenggara dari Taichung, Taiwan dengan kedalaman 47 km.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan yang dimuat naik melalui laman web jabatan itu.

– BERNAMA


Pengarang :