Perkhidmatan van transit atas permintaan (DRT) Mobi beroperasi di SS15 Subang Jaya pada 21 Jun 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Hampir 20,000 guna van transit di lapan zon, negeri hasrat perluas operasi

SHAH ALAM, 8 APRIL: Sebanyak 19,918 penumpang dicatat menggunakan perkhidmatan van transit atas permintaan (DRT) Mobiliti Selangor di lapan zon setakat 31 Mac.

EXCO Mobiliti Ng Sze Han berkata 40 peratus pengguna memilih pergi dan balik dari lebih 30 stesen kereta api seperti Sistem Transit Aliran Ringatn (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT).

“Ini menggambarkan usaha mewujudkan perkhidmatan DRT untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam berada di landasan yang betul.

“Ia juga menepati hasrat Kerajaan Selangor menjadikan pengangkutan awam mod pengangkutan utama di bawah agenda Mobiliti Selangor,” katanya.

Perkhidmatan DRT beroperasi di Puchong, Subang Jaya, Ampang, Petaling Jaya Selatan, Petaling Jaya Utara Hulu Kelang, Sungai Buloh dan Universiti Putra Malaysia (UPM)-Serdang, sejak diperkenalkan 30 November lalu.

EXCO Pengangkutan Awam Ng Sze Han (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Badanbas Coach Sdn Bhd Ibrahim Aiman Mohd Nadzmi bergambar di hadapan van transit atas permintaan (DRT) Mobi di SS15 Subang Jaya pada 21 Jun 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Sze Han berkata Kerajaan Negeri akan terus memperluas sistem DRT di zon pengangkutan awam utama sekali gus membantu mengurangkan kadar kesesakan jalan raya di Lembah Klang.

“Pengguna boleh mendaftar dan menggunakan perkhidmatan tersebut dengan melayari laman sesawang dua syarikat operator yang dilantik iaitu Mobi dan Trekrides,” katanya.

Sebelum ini Sze Han memaklumkan DRT fasa dua akan dilaksana Jun atau Julai ini antara lain menumpukan kawasan padat pelajar.

EXCO Pengangkutan Awam Ng Sze Han (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Badanbas Coach Sdn Bhd Ibrahim Aiman Mohd Nadzmi menunjukkan aplikasi Mobi bagi van transit atas permintaan (DRT) di SS15 Subang Jaya pada 21 Jun 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pengarang :