Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika ceramah kelompok dan minum petang di Pangsapuri Selayang Sejati, Gombak pada 8 Ogos 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

HARAPAN beri bayangan calon DAP bertanding PRK DUN Kuala Kubu Baharu

KUALA LANGAT, 3 MAC: Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor memberi bayangan akan meletakkan calon DAP bagi mewakili gabungan itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu nanti.

Pengerusinya Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Barisan Nasional (BN) yang bekerjasama membentuk Kerajaan Perpaduan di Selangor juga tidak meminta untuk bertanding dikerusi berkenaan sekali gus memudahkan urusan HARAPAN untuk memutuskan calon.

“HARAPAN akan mengekalkan formula sedia ada iaitu kekal dengan calon DAP untuk mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu.

“BN pun tidak minta, jadi formula HARAPAN tidak berubah. Saya percaya DAP akan kekal menyandang kerusi berkenaan,” katanya selepas merasmikan pembukaan galeri jualanTaman Industri Pintar NCT (NSIP) di sini semalam.

Menurut Amirudin, HARAPAN akan bekerja keras mempertahankan kerusi berkenaan bagi meneruskan program pembangunan yang direncana mendiang Lee Kee Hiong sejak memenangi kerusi itu pada 2013.

“Bagaimanapun kita mahu kekal memang untuk teruskan kecemerlangan,” katanya.

Pada 21 Mac, penyandang kerusi Kee Hiong, 58, yang menjadi wakil rakyat selama tiga penggal meninggal dunia selepas bertarung dengan penyakit barah sejak beberapa tahun lalu.

Dalam pilihan raya negeri lalu, Kee Hiong menewaskan calon Gerakan Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.


Pengarang :