Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan melakukan cerapan anak bulan pada Majlis Rasmi Cerapan Hilal Ramadan 1445 Hijrah di Menara Kuala Lumpur pada 10 Mac 2024. Foto Facebook Bernama
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Hari Raya Aidilfitri disambut pada Rabu, 10 April

KUALA LUMPUR, 9 APRIL: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu 10 April 2024,” katanya.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.


Pengarang :