AGENDAJENAYAH

Jual mercun tanpa permit di bazar, dua lelaki ditahan

KOTA BHARU, 7 APRIL: Dua lelaki ditahan kerana menjual pelbagai mercun dan bunga api tanpa permit sah dianggar bernilai RM1,730 di Bazar Ramadan Dataran Kemahkotaan, Machang, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Machang Supt Ahmad Shafiki Hussin berkata kedua-duanya yang berusia 18 dan 51 tahun ditahan ketika anggota polis melakukan pemeriksaan terhadap gerai mereka.

Beliau berkata mereka kini direman hingga Selasa ini untuk siasatan lanjut.

“Polis meminta orang ramai mengelak daripada terlibat dalam sebarang kegiatan penjualan mercun dan bunga api tanpa permit yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

– BERNAMA


Pengarang :