Orang ramai berbelanja di Jualan Ehsan Rahmah (JER) di pasar raya Segi Fresh Telok Panglima Garang pada 30 September 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah di tujuh cawangan pasar raya Segi Fresh esok

SHAH ALAM, 19 APRIL: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan keperluan asas pada harga murah menerusi Jualan Rahmah Madani di tujuh cawangan pasar raya Segi Fresh esok.

Program dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) melibatkan cawangan Subang, Puchong Denai, Bukit Sentosa, Kuala Kubu Bharu dan Ara Damansara.

Jualan sama turut diadakan di Bandar Teknologi Kajang dan Pulau Indah bagi mendapatkan pelbagai produk antaranya ayam, ikan, bawang, ubi kentang dan aneka sayur-sayuran.

“Segi Fresh ingin mengucapkan terima kasih kepada PKPS dan KPDN Selangor kerana membolehkan kami menawarkan harga istimewa kepada semua penduduk Selangor.

“Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan produk berkualiti dengan harga istimewa yang kami tawarkan,” menurut pasar raya itu di Facebook rasminya.

Pada Julai tahun lalu, PKPS menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Segi Fresh bertujuan memperluas capaian jualan murah anjuran Kerajaan Negeri mulai 1 Ogos.

Selain bekerjasama dengan Segi Fresh, PKPS turut menganjurkan jualan murah di lokasi terpilih seluruh negeri hampir setiap hari dengan maklumat terkini boleh disemak di Facebook.

 


Pengarang :