Orang ramai menyemak dan membayar cukai serta kompaun di kaunter bergerak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat, Hulu Kelang pada 17 Jun 2023. Foto Majlis Perbandaran Ampang Jaya
PBTSELANGOR

Kaunter bergerak MPAJ di Pasar Pagi Taman Muda esok

SHAH ALAM, 20 APRIL: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menyediakan kaunter bergerak di Pasar Pagi Taman Muda, esok.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu kaunter bergerak berkenaan beroperasi bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Perkhidmatan yang disediakan adalah pembayaran dan semakan cukai taksiran dan kemas kini maklumat cukai.

MPAJ turut memaklumkan orang ramai juga boleh membuat bayaran secara dalam talian melalui pautan icomm.mpaj.gov.my atau muat turun aplikasi icomm MPAJ.


Pengarang :