SHAH ALAM, 8 APR: Lebih 100 asnaf dan ibu tunggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa menerima sumbangan barangan keperluan asas Aidilfitri dan duit raya, semalam.
Wakil rakyatnya Dr G Gunaraj berkata barangan asas termasuk beras disumbang bagi membantu golongan memerlukan membuat persiapan hari raya.
“Ini bagi membantu masyarakat Islam yang memerlukan supaya tiada terkecuali meraikan sambutan hari raya tahun ini.
“Antara penerima adalah dari Taman Sentosa, Kampung Jawa, Botanik dan Pendamar.
“Semoga bantuan ini dapat membantu mereka yang memerlukan menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang dengan lebih meriah,” katanya.