Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) menyerahkan sumbangan berjumlah RM1.54 juta kepada 440 masjid seluruh negeri dalam satu majlis di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 1 April 2024. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB agih bantuan RM1.54 juta kepada 440 masjid seluruh negeri

SHAH ALAM,2 APRIL: Kerajaan Negeri menyumbangkan sejumlah RM1.54 juta kepada 440 masjid seluruh negeri sebagai penghargaan khidmat bakti penggerak rumah ibadat itu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sumbangan menerusi Insentif Kita Selangor Aidilfitri juga meringankan beban mereka membuat persiapan hari raya.

“Insya-Allah, Kerajaan Negeri akan terus menyokong fungsi masjid sebagai institusi agama dalam menggerakkan syiar Islam di negeri ini,” katanya di Facebook.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kerajaan perpaduan di Selangor sentiasa memelihara kebajikan imam, bilal, siak dan nazir saban tahun melalui pelbagai bantuan.

“(Justeru), tohmahan pentadbiran kerajaan perpaduan di Selangor tidak menjaga kebajikan golongan itu di seluruh Selangor adalah palsu dan fitnah semata-mata,” tegasnya.

Terdahulu, Amirudin menyerahkan sumbangan tersebut di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, yang turut dihadiri EXCO Agama Dr Fahmi Ngah.

 


Pengarang :