Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama jemaah menunaikan solat sunat tahajud yang dipimpin Imam Abdul Karim Omar ketika program qiamullail perdana, sahur dan Subuh berjemaah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 7 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB bersama ribuan jemaah sertai Qiamullail Perdana di masjid negeri

SHAH ALAM, 7 APRIL: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyertai program Qiamullail Perdana di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini pagi ini.

Beliau yang tiba sekitar 4 pagi menyertai kira-kira 3,000 jemaah pelbagai peringkat usia menunaikan solat sunat tahajud, selain zikir dan munajat dipimpin Imam Abdul Karim Omar.

Memanfaatkan beberapa hari sebelum berakhirnya Ramadan dengan beribadah, semua jemaah kemudian turut bersahur bersama sebelum menunaikan solat Subuh.

Majlis seumpama itu diadakan bagi mengimarahkan masjid dan mendorong umat Islam untuk terus beristiqamah melakukan ibadah qiamullail demi pembinaan diri dan pembersihan jiwa.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama jemaah menunaikan solat sunat tahajud yang dipimpin oleh Imam Abdul Karim Omar ketika program qiamullail perdana, sahur dan Subuh berjemaah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 7 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Jemaah menunaikan solat sunat tahajud yang dipimpin Imam Abdul Karim Omar ketika program qiamullail perdana, sahur dan Subuh berjemaah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 7 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :