BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Pasar eko, permainan tradisional antara program Hari Bumi Ahad ini

SHAH ALAM, 23 APR: Pelbagai aktiviti menarik disediakan sempena sambutan Hari Bumi peringkat negeri dan Pesta Bumi Kita Ahad ini di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya.

EXCO alam sekitar memaklumkan bermula 9 pagi hingga 4 petang program disediakan termasuk pasar eko dan stesen permainan tradisional eko dengan hadiah menarik disediakan.

“Selain itu bengkel interaktif serta acara kesenian dan kebudayaan turut diadakan bagi menyebar kesedaran penjagaan alam sekitar dan bumi dalam kalangan komuniti.

“Anda juga boleh membawa barangan kitar semula termasuk sisa buangan elektronik (e-waste) dan tebus kredit hijau untuk membeli di pasar eko,” kata Jamaliah Jamaluddin menerusi Facebook.

Jamaliah berkata pengunjung juga berpeluang menyertai bengkel cetakan skrin sutera (silkscreen) secara percuma dengan membawa beg terpakai seperti ‘tote bag’ dan baju-t sendiri.

Maklumat lanjut lawati @heybumikita atau hubungi 012-688 6996 (WhatsApp).


Pengarang :