AGENDANASIONAL

Pelakon veteran Jaafar Onn meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 3 APRIL: Selebriti serba boleh Jaafar Onn, 73, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang 11.30 pagi tadi.

Berita pemergian Jaafar atau nama sebenarnya, Jaafar Onn Awang disahkan anak angkatnya Mohamad Hanif Hashim menerusi kiriman suara aplikasi WhatsApp.

“Assalamualaikum untuk pengetahuan semua, papa dah tak ada, dah kembali ke rahmatullah sebentar tadi,” katanya.

Berita itu juga dikongsikan rakan baiknya yang juga selebriti Haiza Hanafi di Facebooknya hari ini.

“Innalillahiwainailaihirojiun…Selamat Jalan Papa Jaafar Onn. Ya Allah saya saksi kebaikan yang dia lakukan.Ilmu yang dia curahkan dan rezeki yang dia kongsikan.Tempatkanlah dia di syurga Mu Ya Rabb…Alfatihah…,” kongsinya.

Media sebelum ini melaporkan tahap kesihatan pengacara dan pelakon veteran itu berada dalam keadaan kurang baik sehingga perlu bergerak menggunakan kerusi roda.

Semalam Allahyarham dilaporkan kritikal selepas mengesan darah ketika membuang air besar selain bacaan hemoglobinnya yang rendah.

-BERNAMA


Pengarang :