AGENDAJENAYAH

Pemandu kereta maut dihempap pokok tumbang

SEREMBAN, 4 APRIL: Lelaki maut selepas kereta dipandunya dihempap pokok tumbang di Jalan Senawang Paroi, Taman Rashidah Utama di sini 4 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang Mohd Nazri Azis berkata pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung insiden sebatang pokok tumbang menghempap kereta Perodua Viva yang melalui jalan tersebut.

“Setibanya di lokasi, kami dapati lelaki berusia 48 tahun itu sudah meninggal dunia di tempat kejadian dan disahkan oleh pegawai kesihatan. Keadaan kereta itu juga remuk akibat insiden tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata barangan mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Menurutnya kerja pembersihan dan pemotongan pokok juga giat dijalankan di kawasan tersebut.

– BERNAMA


Pengarang :