Penduduk menyertai Rewang Sekampung sempena majlis Rumah Terbuka Jelajah Kita Selangor Aidilfitri daerah Sabak Bernam di Dataran Tanah Lesen Parit Baru, Sabak Bernam pada 12 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Rewang Aidilfitri Selayang Mei depan, sasar lebih 5,000 pengunjung

SHAH ALAM, 12 APRIL: Lebih 5,000 pengunjung dijangka menghadiri majlis Rewang Komuniti Strata Aidilfitri yang bakal diadakan di Selayang pada Mei depan.

EXCO Perumahan Borhan Aman Shah berkata program sempena perayaan itu melibatkan kerja gotong-royong memasak dari pagi hinggalah sambutan majlis kemuncak pada malam hari.

“Penduduk dan komuniti setempat akan masak bersama-sama juadah raya antaranya lemang, ketupat dan rendang.

“Program bermula dari pagi dan majlis jamuan berlangsung malam. Kita jangkakan kehadiran ramai dan mendapat sambutan menggalakkan,” katanya kepada Selangorkini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari membantu melapah daging lembu ketika program Rewang Sekampung sempena Jelajah Kita Selangor Aidilfitri (JKSA) peringkat daerah Gombak di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak pada 14 Mei 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Tahun lalu, program rewang itu diperkenal bagi memudahkan penduduk mendapat maklumat berhubung pentadbiran negeri yang mana Ampang dan Hulu Langat dipilih sebagai kawasan perintis.

Sebelum Ramadan, program dianjur dua hari di Taman Pandan Jaya, Ampang. Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti selawat, marhaban, sukan rakyat, futsal, tarik tali dan cabutan bertuah buat pengunjung.


Pengarang :