Orang ramai membeli barangan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika Jualan Mega Ehsan Aidilfitri 2023 di Wisma Kohijrah, Shah Alam pada 18 April 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Sempena Aidilfitri, Kohijrah anjur jualan mega di empat lokasi hingga Ahad

SHAH ALAM, 4 APRIL: Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah) menganjurkan Jualan Mega Ehsan Aidilfitri selama lima hari berturut-turut bermula semalam hingga Ahad ini.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, jualan khas sempena perayaan menawarkan barangan keperluan harian seperti ayam, minyak, beras, telur, daging segar dan sayur-sayuran pada harga berpatutan.

Program yang bermula semalam di pasar Sijangkang, Batu 1 diteruskan hari ini di Laman Niaga Kohijrah Seksyen 15 Shah Alam dari 4 petang hingga 9 malam.

. Tarikh dan lokasi jualan mega seperti berikut:

  • 5 April (4 petang hingga 7 malam) di tapak pasar Ramadan Banting 1
  • 6 April (10 pagi hingga 1 tengah hari) di Rumah Selangorku Alam Budiman
  • 7 April (10 pagi hingga 1 tengah hari) di Wisma Kohijrah Berjaya Park Seksyen 32 Shah Alam

Semalam Pengurus Besar Kohijrah Mohammad Syukri Ismail berkata pihaknya membawa 500 set untuk setiap barangan bagi memastikan penduduk setempat khususnya keluarga berpendapatan rendah menerima manfaat.

Katanya ayam dan telur satu papan dijual pada harga RM10, beras (RM13), minyak masak 5 kilogram (RM25) dan daging segar (RM35).


Pengarang :