Kepada seluruh rakyat Selangor, selamat hari raya aidilfitri. Semoga raya kali ini membawa semangat perpaduan dan keceriaan kepada anda semua!
Chua Wei Kiat
Rawang
Perayaan Aidilfitri disambut seluruh umat Islam merupakan tanda kesyukuran. Semoga kita saling menginsafi Selamat Hari Raya Aidilfitri
Mohd Kamri Kamaruddin
Bukit Antarabangsa
Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Semoga perayaan ini membawa keharmonian dan kesejahteraan
Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad
Lembah Jaya
Setelah sebulan berpuasa, umat Islam menyambut ketibaan Syawal. Mari kita menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin
Yew Jia Haur
Teratai
Salam Aidilfitri buat seluruh umat Islam tanda kemenangan setelah sebulan berpuasa. Semoga segala amalan kita diterima Allah SWT
Datuk Wira Johan Abd Aziz
Dusun Tua
Saya berharap orang ramai berhati-hati dan berhemah memandu di jalan raya semasa balik ke kampung pada musim perayaan Aidilfitri. Dengan rasa rendah diri saya ingin mengucapkan salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin
Cheon Kiang Young
Kajang
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua muslim di Selangor. Semoga semua menikmati hari raya yang selamat bersama keluarga. Berhati-hati di jalan raya
Ong Chun Wei
Balakong
Cahaya Ramadan berlalu pergi, Menyambut tibanya Aidilfitri, Ampun dan maaf segala peri, Semoga ikatan kekal dihati. Selamat Hari Raya Aidilfitri
Wong Siew Ki
Seri Kembangan
Aidilfitri tiba setahun sekali, Disambut meriah seluruh famili, Hidup di dunia hanya sekali, Jangan disia ruang yang ada setiap hari. Selamat Hari Raya Aidilfitri
Abbas Azmi
Seri Serdang
Tirai Ramadan semakin menghampiri, Syawal pertama kian dinanti, Kesilapan lama jangan dikenangi, Selamat Hari Raya Aidilfitri
Michelle Ng Mei Sze
Subang Jaya
Harap semua menyambut hari raya dengan selamat. Saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang beragama Islam
Rajiv Rishyakaran
Bukit Gasing
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada yang beragama Islam. Semoga selamat balik kampung dan saya doakan agar Aidilfitri ini membawa kebahagiaan bersama
Lim Yi Wei
Kampung Tunku
Menjelang Syawal, saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. Semoga Allah menerima segala amalan Ramadan dan menjadikan kita insan yang lebih baik
Pua Pei Ling
Bukit Lanjan
Saya ucapkan selamat hari raya buat semua umat Islam. Dalam kita bergembira sentiasalah ingatkan yang kurang berkemampuan supaya kita sentiasa bersyukur
Muhammad Izuan Ahmad Kasim
Kota Damansara
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam khususnya di Selangor. Tahun ini kita bertambah gembira kerana sekali lagi berpeluang menyambut hari lebaran bersama keluarga
Danial Al Rashid Haron
Batu Tiga
Salam Aidilfitri kepada seluruh umat Islam khusus kepada warga Selangor. Semoga ibadah Ramadan diterima dan bergembira bersama keluarga serta sanak saudara. Sambutlah Syawal dengan penuh sederhana dan kesyukuran
Mariam Abdul Rashid
Meru
Bersama-sama merayakan Aidilfitri tahun ini dengan penuh kemesraan dalam kalangan ahli keluarga, sahabat handai dan seluruh masyarakat di Selangor. Maaf zahir dan batin
Dr Quah Perng Fei
Bandar Baru Klang
Berakhir sudah ibadat puasa, Kini Syawal berkunjung tiba, Bulan mulia membawa bahagia, Mengikat kasih sesama saudara. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin
Azmizam Zaman Huri
Pelabuhan Klang
Aidilfitri perayaan paling bermakna buat umat Islam. Semoga semua umat Islam dapat menyambut dengan gembira dan ceria. Selamat menyambut hari Raya Aidilfitri
Leong Tuck Chee
Pandamaran
Selamat menyambut Aidilfitri, semoga seluruh rakyat Malaysia diberkati dengan kebahagiaan. Kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan kejayaan dalam kehidupan
Dr Gunaraj George
Sentosa
Semoga ibadat sepanjang Ramadan diberkati. Hari Raya Aidilfitri disambut bersama keluarga tersayang. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin
Preakas Sampunathan
Kota Kemuning
Sekandung badan hati nurani, Bersama kita menyambut Aidilfitri Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin
Lwi Kian Keong
Sungai Pelek