Ahli Dewan Negeri Kota Kemuning S Preakas menyerahkan cek cura sumbangan masjid dan surau ketika majlis Iftar bersama wakil pengurusan institusi agama sekitar Dewan Undangan Negeri Kota Kemuning di Kelab Golf Kota Permai, Shah Alam pada 31 Mac 2024. Foto Facebook Preakas Sampunathan
SELANGOR

Wakil rakyat Kota Kemuning peruntuk RM46,500 bantu baik pulih 41 masjid, surau

SHAH ALAM, 3 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Kemuning memperuntuk RM46,500 untuk melaksanakan kerja membaik pulih 41 masjid dan surau.

Wakil rakyatnya S Preakas berkata sumbangan itu antara lain bertujuan menyokong keperluan asas dan penyediaan program keagamaan untuk masyarakat setempat.

“Sumbangan ini digunakan untuk menyokong keperluan asas masjid dan surau termasuk pemeliharaan, pembelian barang keperluan am

“Ramadan mengajar kita untuk menghargai nikmat yang diberikan dan memperluaskan kasih sayang. Oleh itu, kita dapat berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Preakas memaklumkan pihaknya sentiasa memberi sokongan kepada institusi agama yang berperanan menyuburkan nilai-nilai keagamaan dan kemanusiaan dalam kalangan masyarakat.

“Saya juga mengajak masyarakat untuk teruskan semangat kebersamaan antara semua penduduk untuk memperkukuhkan ikatan kebersamaan dan keharmonian di kalangan masyarakat Kota Kemuning.

“Dengan sumbangan ini diharap dapat memberikan manfaat yang besar kepada komuniti tempatan serta memperkukuhkan lagi institusi keagamaan sebagai pusat kegiatan sosial dan keagamaan yang dinamik,” katanya.


Pengarang :