Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat bekas Bendahari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman di KPJ Damansara pada 14 April 2024. Foto Pejabat Perdana Menteri
AGENDANASIONAL

Ziarah bekas bendahari ABIM di Hospital, PM syukur Syed Ibrahim semakin baik

KUALA LUMPUR, 14 APRIL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi sahabat lama yang juga bekas Bendahari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman di hospital.

Menerusi catatan di laman Facebook, Anwar menzahirkan rasa syukur dan gembira melihat Syed Ibrahim dalam keadaan baik.

“Sempat bicara panjang dengan beliau dan keluarga, terutamanya kenangan ketika bersama-sama dalam gerakan belia Islam dan aktivisme suatu ketika dahulu.

“Mendoakan saudara Syed Ibrahim segera sembuh dan dikurniakan keafiatan berpanjangan, Insya-Allah,” katanya.

– BERNAMA


Pengarang :