Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melihat replika Rumah Selangorku Lagenda Ardea selepas majlis pecah tanah di tapak pembinaan Lagenda Ardea, Bernam Jaya, Hulu Selangor pada 3 Mei 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

2,340 unit Rumah Selangorku dibangunkan di Bernam Jaya

HULU SELANGOR, 3 MEI:  Sebanyak 2,340 unit rumah teres dibawah projek Rumah Selangorku dikenali sebagai Lagenda Ardea akan dibina di kawasan Bernam Jaya menjelang 2029.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hartnah Selangor Berhad (KHSB) Rahana Abdullah berkata pembangunan membabitkan keluasan 191 ekar dibina untuk memenuhi keperluan rakyat memiliki rumah mampu milik.

“Projek ini dijalankan melalui usahasama pemaju Lagenda Properties untuk pembinaan rumah teres setingkat jenis D.

“Di peringkat fasa pertama pembinaan, sebanyak 831 unit rumah setingkat dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi akan dilancarkan bulan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Rumah Selangorku Lagenda Ardea yang dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Bernam Jaya, di sini hari ini.

Pada majlis sama, Rahana menjelaskan pembinaan perumahan di Lagenda Area untuk membina sebuah komuniti yang mampan dan berdaya huni seperti terkandung dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

“KHSB juga komited meningkatkan usaha ke arah menjadikan Selangor sebagai juara dalam menyediakan rumah mampu milik,” katanya.


Pengarang :