KLANG, 16 MEI: Kira-kira 30 pengamal media diraikan dalam majlis makan malam anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran semalam.
Wakil rakyatnya berkata majlis itu bagi menghargai petugas media yang bertungkus lumus membuat laporan dalam memberi maklumat kepada masyarakat.
“Kita berbesar hati meraikan rakan media yang banyak membantu memberikan liputan terbaik sehingga kini.
“Semoga hubungan ini lebih erat demi manfaat rakyat keseluruhannya,” kata Tony Leong Tuck Chee ketika berucap pada majlis itu.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/05/Pandamaran1-500x331.jpg.webp)
Tony menambah program itu juga sebagai usaha mengukuhkan hubungan dan kerjasama yang sedia terjalin antara pihaknya bersama rakan media.
Turut hadir pada majlis itu beberapa ahli Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dan ketua kampung.