Orang ramai tidak melepaskan peluang hadir untuk membeli barang keperluan pada Program Jualan Ehsan Rahmah DUN Kota Kemuning di JMB Pangsapuri Andorra pada 20 Mei 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Dengkil, Pandan Indah antara empat lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 20 MEI : Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) kembali beroperasi di empat lokasi esok mulai jam 10 pagi.

Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di Dewan MPKK Kampung Pandan Dalam 35, Lorong G-1, Kampung Pandan Dalam (Pandan Indah) dan Surau Al-Hijrah Kota Warisan (Dengkil).

Selain itu, jualan sama turut diadakan di hadapan Surau An-Nur, Taman Suria (Banting) dan Surau Nurhidayah Jalan Sungai Kajang Lama (Sungai Burong).

JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :