Pegawai Malaysia Book Of Record (MBOR) Siti Hajar Johor (dua, kanan) menyampaikan sijil MBOR kepada Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada program bagi memecah rekod The Malaysia Book Of Record (MBOR) Most Kindergartener Participants In An Integrity Awareness Campaign di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7, Shah Alam pada 20 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Diiktiraf MBOR, Selangor kumpul lebih 1,000 murid tadika sertai kempen integriti

SHAH ALAM, 20 MEI: Kerajaan Negeri menerima pengktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) selepas berjaya mengumpulkan 1,066 murid tadika dalam kempen kesedaran integriti.

Program anjuran Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI kesemua kanak-kanak berumur tiga hingga enam tahun itu menyertai aktiviti mewarna lakaran kartun berkaitan nilai integriti.

Berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 di sini, program dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Pendidikan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (duduk, tengah) bersama kanak-kanak tadika pada program bagi memecah rekod The Malaysia Book Of Record (MBOR) Most Kindergartener Participants In An Integrity Awareness Campaign di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7, Shah Alam pada 20 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Program memupuk nilai integriti di usia muda itu turut mendapat Kerjasama Persatuan Taska, Tadika san Pusat Jagaan Selangor (PTNS) dan Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters).

Amirudin ketika berucap berkata usaha memperluas dan mengukuhkan nilai integriti bukan saja dalam kalangan orang dewasa malah turut memfokus peringkat usia kanak-kanak.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada program bagi memecah rekod The Malaysia Book Of Record (MBOR) Most Kindergartener Participants In An Integrity Awareness Campaign di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7, Shah Alam pada 20 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Walaupun istilah integriti itu sangat meluas maknanya dan sukar untuk diperjelas kepada kanak-kanak usaha mendidik harus diperluas di semua peringkat umur dengan menerangkan kepada mereka dalam bahasa yang lebih mudah dan kaedah yang bersesuaian,” katanya.

Dalam sidang media, Amirudin berkata integriti kini menjadi aspek penting dalam kecenderungan politik negara terutama membabitkan pemilihan pemimpin oleh rakyat.

“Buat pertama kalinya dalam 2018 Malaysia membuat keputusan berasaskan kepada satu kes yang begitu besar melibatkan integriti kepimpinan dan selepas itu saya percaya tema (integriti) itu sebati dalam konteks pentadbiran dan kefahaman rakyat.

“Kita lihat daripada semasa ke semasa isu integriti ini akan mendapat perhatian rakyat tidak kira siapa yang melakukan. Ia menjadi (perkara) penting kepada pertimbangan rakyat dalam membuat keputusan mungkin dalam peti undi atau dalam menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama kanak-kanak pada program bagi memecah rekod The Malaysia Book Of Record (MBOR) Most Kindergartener Participants In An Integrity Awareness Campaign di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7, Shah Alam pada 20 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Pelajar tadika menyertai aktiviti mewarna pada program bagi memecah rekod The Malaysia Book Of Record (MBOR) Most Kindergartener Participants In An Integrity Awareness Campaign di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7, Shah Alam pada 20 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Pelajar Tadika Integrasi Genius Khalifah, Jalan Kebun membuat persembahan pada program bagi memecah rekod The Malaysia Book Of Record (MBOR) Most Kindergartener Participants In An Integrity Awareness Campaign di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7, Shah Alam pada 20 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :