Keadaan Jejambat Bandar Saujana Putra dirakamkan ketika lawatan EXCO Perindustrian Iz Izham Hashim ke lokasi pembinaan kemudahan itu di Kuala Langat pada 26 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

EXCO: Jejambat Bandar Saujana Putra mula operasi Jun depan

KLANG, 28 MEI: Jejambat Bandar Saujana Putra sepanjang 820 meter yang dibina bagi mengatasi kesesakan trafik kawasan sekitar beroperasi sepenuhnya Jun depan, kata EXCO infrastruktur.

Ir Izham Hashim berkata jejambat yang menghubungkan Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Lebuhraya Klang Selatan (SKVE) itu kini dalam proses pemeriksaan akhir.

“Sebelum ini, pembinaan jejambat berlaku sedikit kelewatan berikutan beberapa isu termasuk perintah kawalan pergerakan dan komplikasi kabel dan utiliti di bawah permukaan jalan perlu dialihkan.

“Namun, jejambat tersebut kini sudah sedia dan hanya ada ‘inspection minor’ sahaja. Kita jangka mula dibuka secara rasmi pada Jun nanti,” katanya pada majlis penerimaan penajaan daripada Kumpulan AFFIN berhubung kos operasi pembersihan Interceptor 002 di Jeti Taman Awam Pangkalan Batu, di sini hari ini.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar mengumumkan peruntukan kira-kira RM60 juta untuk membina jejambat baharu bagi mengatasi masalah kesesakan di kawasan tersebut.

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan jejambat tersebut bakal memberi manfaat buat kira-kira 65,000 penduduk di situ serta pengguna SKVE dan ELITE, dari arah Bandar Saujana Putra.


Pengarang :