AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Festival turath tampilkan ulama terkemuka, MB pelawa orang ramai hadir

SHAH ALAM, 24 MEI: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mempelawa orang ramai menghadiri Festival Turath Islami Selangor yang dijadual bermula Ahad ini.

Berlangsung hingga 2 Jun, program itu menurutnya, bakal menampilkan ulama dan cendekiawan Islam pelusuk dunia di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

“Bertemakan Mendalami Khazanah Kitab Islam, festival berlangsung 26 Mei hingga 2 Jun di Shah Alam. Ketahui program dan lokasi serta daftar di www.turathislamselangor.com,” katanya di Facebook.

Amirudin turut mendoakan program berkenaan yang dianjurkan sejak tahun lalu membawa keberkatan dan kerahmatan dari Allah SWT buat rakyat serta negeri ini.

Festival Turath Islami Selangor yang membuka tirai pada 26 Mei hingga 2 Jun bakal mengupas karya agung Imam Nawawi dengan lebih mendalam membabitkan ulama tradisional serta ahli akademik.

Dianjurkan di tiga lokasi termasuk Masjid Negeri, festival itu turut menampilkan bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Professor Dr Ali Jum’ah yang akan mengupas Kitab Hadis 40.

Maklumat lanjut boleh dicapai melalui laman web www.turathislamiselangor.com atau Facebook Festival Turath Islami Selangor.

 


Pengarang :