Bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Dr Ali Juma’ah bersama tetamu membaca zikir ketika Majlis Zikir Darul Ehsan sempena Festival Turath Islami di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 22 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Festival turath temukan ulama, ahli akademik, himpun kebijaksanaan dua aliran

HULU LANGAT, 16 MEI: Festival Turath Islami Selangor edisi kedua yang membuka tirai 26 Mei bakal mengupas karya agung Imam Nawawi dengan lebih mendalam membabitkan penglibatan ulama tradisional serta ahli akademik.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata festival di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang berakhir 2 Jun turut menterjemah pelbagai perkara disamping menghimpunkan kebijaksanaan dan pandangan dari dua aliran.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap sempena Majlis Perasmian Hab Warisan Digital di Istana Puteri Bongsu, Taman Pantun Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pada 16 Mei 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Menariknya kali ini kita akan kumpulkan ulama dari landasan tradisional dan pensyarah universiti. Ini jarang berlaku dan akan berlangsung di Universiti Islam Selangor.

“Ini jadi medan bagaimana jalur dari sudut tradisional akan berkomunikasi dan berinteraksi dengan kaedah moden. Kita bawa mantan Mufti Besar Mesir Syeikh Professor Dr Ali Jum’ah yang juga tokoh besar.

“Ramai pengikutnya guru-guru tradisi pondok seperti Syeikh Nazrul Nasir, Ustaz Muhadir Joll, Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni akan bertemu Profesor Madya Anhar Opir, Dr Osman Bakar, Dr Muhammad Nur Manuti yang mengajar di universiti,” katanya.

Beliau ditemui selepas memeterai perjanjian perlesenan antara Pusat Penyelidikan Selangor dengan Universiti Kebangsaan Malaysia bagi pameran Projek Naratif Al-Wahyu sempena festival turath berkenaan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, Kanan) mewakili Selangor Research Institute (SRI) bergambar bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dato’ Dr Norazah Mohd Nordin (dua, Kiri) mewakili UKM ketika pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) perjanjian perlesenan Konsep Naratif Pameran Al Wahyu sempena majlis perasmian Hab Warisan Digital di Istana Puteri Bongsu, Taman Pantun UKM, Bangi pada 16 Mei 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Festival turath terbabit menampilkan lebih 20 ulama terkenal, tokoh agamawan dan akademik dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura melibatkan 12 acara utama dengan jangkaan menarik 30,000 penyertaan.

Festival kali ini mengangkat karya ulama penting dunia Islam, Muhyiddin Abu Zakaria Yahya Sharaf al-Nawawi atau dikenali sebagai Imam Nawawi

Pada edisi pertama, Amirudin menyarankan supaya institusi tradisional seperti sekolah pondok menjalinkan kerjasama dengan pihak universiti berikutan manfaatnya besar terutama kepada masyarakat.

Beliau berkata hubungan berkenaan boleh bermula dengan penganjuran dialog bersifat taaruf supaya kedua-dua pihak dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih lanjut.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Festival Turath Islami Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 20 Mei 2023 . Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :