EXCO Pelaburan Ng Sze Han (tengah) melihat replika Hab Lijistik PTT 1 pada majlis pecah tanah di PTT Synergy Group Berhad, Bukit Jelutong, Shah Alam pada 24 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Hab industri semikonduktor di Bukit Beruntung bantu negeri lonjak KDNK

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Pembinaan hab industri semikonduktor di Bukit Beruntung, Rawang bakal membantu negeri mencapai 30 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2028.

Ketua pegawai eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata pembangunan kawasan perindustrian berkonsep tenaga hijau itu akan dilaksana secepat mungkin.

Ketua Pegawai Operasi Menteri Besar (Pemerbadanan) atau MBI Saipolyazan M Yusop. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Ini merupakan kesinambungan pengumumam perdana menteri berhubung pembinaan taman reka bentuk litar bersepadu (IC) dan pemacu semikonduktor Malaysia: Hab Selangor di Puchong.

“Itu akan jadi pusat kajian semikonduktor dan Bukit Beruntung sebagai hab industri. Pembangunan ini akan beri limpahan dan manfaat ekonomi kepada setempat,” kata Saipolyazan Mat Yusop.

Beliau berkata demikian ketika majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri MBI bersama media di sini, semalam.

EXCO Pelaburan Ng Sze Han (tengah) pada majlis pecah tanah Hab Lojistik PTT 1 di PTT Synergy Group Berhad, Bukit Jelutong, Shah Alam pada 24 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pada Mac, Selangor menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan empat syarikat termasuk luar negara iaitu ARM Ltd yang berpusat di United Kingdom, Shenzhen Semiconductor Industry Association (China) selain Phison Malaysia dan SkyeChip bagi pembangunan pusat kajian berkenaan.

Bakal dikendalikan Perbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor mulai Jun, pusat itu mampu menjana pulangan ekonomi sehingga RM1 bilion.

Pembangunan juga bakal membuka peluang kerjaya profesional terutama kejuruteraan dengan gaji bulanan antara RM5,000 hingga RM7,000.

 


Pengarang :