Hampir 2,000 pengunjung hadir memeriahkan program Hari Klang Tanpa Kenderaan yang diadakan di Laman Seni Safari pada 19 Mei 2024. Foto MBDK
PBTSELANGOR

Hampir 2,000 meriahkan Hari Klang Tanpa Kenderaan di Laman Seni Safari

SHAH ALAM, 19 MEI: Hampir 2,000 pengunjung hadir memeriahkan program Hari Klang Tanpa Kenderaan yang diadakan di Laman Seni Safari hari ini.

Pelbagai program menarik disediakan kepada pengunjung antaranya senamrobik, Walk Hari Klang Tanpa Kenderaan, pertandingan Jejak Warisan Puspanita, pemeriksaan kesihatan dan pameran agensi.

Timbalan Datuk Bandar Mohd Zary Affendi Mohd Arif berkata penganjuran program hari ini adalah yang pertama diadakan dalam pentadbiran baharu Klang sebagai bandaraya.

“Klang sebuah kota lama yang penuh warisan sejarah mengalami perkembangan pesat seiring peredaran masa dan perubahan status daripada perbandaran kepada bandaraya.

“Sebagai majlis berstatus bandaraya, Klang akan terus membangun dan lestari selari dengan visinya Klang Bandaraya DiRaja dan Warisan Yang Mampan,” ucapnya pada program tersebut.


Pengarang :