Pemain Harimau Malaya Faisal Halim meraikan jaringan ketika menentang Korea Selatan dalam perlawanan terakhir Kumpulan E Piala Asia di Stadium Al Janoub, Qatar pada 25 Januari 2024. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Hormati keputusan Selangor FC, peminat sedih nasib timpa Faisal (TINJAUAN)

SHAH ALAM,13 MEI: Insiden pemain Selangor FC Faisal Halim disimbah asid di pusat beli-belah dekat Petaling Jaya, pada Ahad lepas mengejutkan seluruh rakyat khususnya peminat sukan bola sepak.

Meskipun lebih seminggu berlaku, kejadian menimpa pemenang Anugerah Gol Terbaik Kejohanan Piala Asia 2023 masih diperkatakan orang ramai yang berharap pelaku segera ditangkap dan dijatuhi hukuman setimpal.

Ikram Shah Shafifee. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pekerja swasta Ikram Shah Shafifee, 35, berkata beliau kecewa insiden itu berlaku kerana sukan bola sepak sepatutnya menyatukan bukan mengancam nyawa.

“Sebagai individu yang aktif dalam sukan bola, sudah tentu saya amat terkesan kerana insiden seperti ini boleh mengakibatkan karier seseorang musnah.

“Di atas padang memang kita musuh tetapi

Muhd. Ali Zakariah. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

di luar padang hubungan baik dan menjadi kawan. Saya sangat sedih dengan apa yang berlaku kepada Faisal, kejadian ini memang sukar diterima,” katanya kepada SelangorKini.

Bagi Muhd Ali Zakariah,45, pula menggesa semua pihak menghormati keputusan Selangor FC menarik diri perlawanan Piala Sumbangsih.

“Atas semangat kesukanan dan perpaduan, sewajarnya perlawanan Piala Sumbangsih ditunda kerana keselamatan pemain perlu diutamakan terlebih dahulu.

“Walaupun jaminan diberikan tetapi kejadian menimpa Faisal memberi kesan kepada pemain lain kerana khuatir sekiranya perkara sama berulang,” kata ahli kelab penyokong Selangor Empire of Port Klang.


Mohd Fakrul Radzi A Razak. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Sementara itu, Mohd Fakrul Radzi A Razak, 36, berharap keganasan sedemikian tidak berulang terhadap mana-mana pemain bola negara.

“Penyokong semua kelab perlu berhenti menyerang atau bergaduh antara satu sama lain. Bola sepak adalah sukan yang menyatukan masyarakat berbilang bangsa tanpa mengira fahaman politik dan agama,” ujarnya yang bekerja sendiri.

Pelajar universiti swasta, Muhammad Iman Mohd Ahib,23, pula mendoakan Faisal

Muhammad Iman Mohd Ahib. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

segera pulih dan diberi kekuatan bagi menghadapi ujian tersebut.

“Beliau mempunyai masa depan yang cerah dalam sukan bola sepak dan tidak wajar jika bakatnya terpadam begitu sahaja.

“Semua pemain bola ada kelebihan masing-masing dan Faisal salah seorang daripadanya. Saya juga harap pelaku terima hukuman setimpal,” katanya.

Ahad lepas, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden Faisal atau dikenali sebagai Mickey cedera akibat disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

Faisal yang mengalami lecur tahap empat memasuki fasa pemulihan baharu iaitu rawatan rekonstruktif melibatkan pembaikan dan pemulihan struktur badan.


Pengarang :