Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil bercakap kepada media selepas majlis peluncuran Kod Etika Wartawan Malaysia di Dewan Serbaguna Kompleks Kementerian Komunikasi, Putrajaya pada 20 Februari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kedutaan AS, Reuters nafi laporan syarikat Malaysia taja keganasan

SHAH ALAM, 11 MEI: Agensi berita Reuters menegaskan laporan empat syarikat Malaysia dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) kerana membiayai aktiviti keganasan adalah palsu.

“Dakwaan yang mengatakan Reuters melaporkan Malaysia ialah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai penaja negara keganasan adalah palsu.

“Reuters tidak melaporkan perkara ini,” kata agensi berita itu di laman X.

Penafian turut dikeluarkan Kedutaan AS di laman X yang menegaskan negara tersebut tidak menyenaraikan Malaysia sebagai penaja negara keganasan.

Sementara itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata mesej tular yang mendakwa Malaysia negara ASEAN pertama dikenakan sekatan oleh AS adalah palsu.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata pengesahan mengenai mesej palsu itu diterima oleh Kedutaan Amerika Syarikat, selain penafian oleh pihak Reuters sendiri.


Pengarang :