Balai Polis Ulu Tiram diserang seorang lelaki menyebabkan dua anggota polis maut, seorang cedera manakala suspek ditembak mati dalam kejadian pada 2.45 pagi 17 Mei 2024. Foto Facebook BERNAMA
AGENDANASIONAL

KPN: Lelaki serang Balai Polis Ulu Tiram dipercayai ahli Jemaah Islamiyah

JOHOR BAHRU, 17 MEI: Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini pagi tadi, dipercayai ahli Jemaah Islamiyah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata susulan kejadian itu, polis melakukan serbuan di rumah suspek di Ulu Tiram dan menahan lima ahli keluarga lelaki terbabit, berusia 19 hingga 62 tahun.

“Saya juga telah arahkan Bahagian Cawangan Khas untuk mengesan dan mengenal pasti ahli Jemaah Islamiyah yang berada di negeri ini, dianggarkan lebih 20 orang,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian.

Dalam kejadian 2.45 pagi itu, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis dan suspek yang berusia lingkungan 30-an, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu cedera.

– BERNAMA


Pengarang :