Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meraikan kehadiran tokoh dan sarjana Islam Indonesia Prof. Dr. KH Said Aqil Sirodj yang berkunjung ke pejabatnya di pusat pentadbiran negeri, Shah Alam pada 30 Mei 2024. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kukuh kerjasama dengan ilmuan, Selangor hasrat perluas gagasan Islam nusantara

SHAH ALAM, 31 MEI: Selangor berhasrat mengukuhkan kerjasama dengan ilmuan dan agamawan bagi mengembangkan lagi gagasan Islam nusantara.

Dato’ Menteri Besar berkata pelbagai program dirangka termasuk menjalin kerjasama dengan tokoh dan sarjana Islam Indonesia Prof. Dr. KH Said Aqil Sirodj atau lebih dikenali sebagai Kang Said.

“Alhamdulilah, Kang Said telah hadir ke Festival Turath Islami Selangor dua kali berturut-turut menyampaikan Syarahan Utama berkenaan Ihya’ Ulumuddin dan terbaru berkenaan perjalanan hidup Imam an-Nawawi.

“Kang Said merupakan satu nama besar dalam membawa konsep Islam Nusantara dalam memperkukuh ukhuwah umat Islam di rantau ini,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meraikan kehadiran tokoh dan sarjana Islam Indonesia Prof. Dr. KH Said Aqil Sirodj yang berkunjung ke pejabatnya di pusat pentadbiran negeri, Shah Alam pada 30 Mei 2024. Foto Facebook Amirudin Shari

Dalam pada itu, Amirudin memberitahu beliau berbesar hati menerima kunjungan tokoh berkenaan di pejabatnya semalam.

“Pelbagai topik kami bualkan berkisar tentang isu semasa, pengurusan pesantren (sekolah agama berasrama) dan juga Festival Turath Islami Selangor yang sedang berlangsung.

“Memiliki latar belakang yang lahir dan membesar dalam lingkungan pesantren, beliau tumbuh dengan nuansa cintakan ilmu,” katanya.

Ulama Indonesia Prof. Dr Kiai Haji Said Aqil Siradj menyampaikan syarahan perdana bertajuk Kepentingan Kitab Turath Dalam Sejarah Nusantara dan Masakini sempena Festival Turath Islami Selangor (FITS) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 29 Mei 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Pengarang :