DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah memberi kata semangat kepada peserta Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Selangor edisi kelima (SAY LED) di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya pada 15 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Liga usahawan OKU buka peluang golongan rentan kembang potensi niaga

PETALING JAYA, 15 MEI: Golongan rentan berpeluang mengembangkan bakat dan potensi dalam bidang perniagaan menerusi Liga Usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) Selangor (SAY LEAD).

EXCO keusahawanan berkata program anjuran Selangor Youth Community (SAY) bersifat menyeluruh merangkumi pelbagai modul sekali gus memastikan ekosistem usahawan OKU kekal mapan.

“Saya yakin program ini memberi peluang kepada golongan rentan khususnya OKU dan anak muda agar tidak ketinggalan selain mengembangkan potensi yang ada pada mereka.

“Pembangunan ekonomi Selangor bukan sekadar tertumpu kepada usahawan normal sahaja tetapi ekosistem keusahawanannya lengkap dan meluas dengan golongan OKU turut diangkat dan dijaga,” kata Najwan Halimi dalam rakaman ucapan sempena pusingan akhir SAY LEAD edisi kelima di Sunway Resort Hotel di sini hari ini.

Pengurus Projek Usahawan OKU Selangor (SAY LED) Abdul Azim Naim Rahman. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Sementara itu, Pengurus Projek SAY LEAD Abdul Azim Naim Rahman berkata program yang memasuki edisi kelima tahun ini mendapat sambutan sangat menggalakkkan daripada usahawan OKU.

“Kita sasar tahun depan lebih ramai peserta kira-kira 60 orang berbanding 30 orang tahun ini supaya lebih ramai dapat manfaat.

“Kita juga mungkin menambah baik modul sedia ada selaras keperluan semasa serta meningkatkan kerjasama dengan pelbagai lagi agensi berkaitan keusahawanan untuk meluaskan lagi jaringan,” katanya.

DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) bersama peserta Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Selangor edisi kelima (SAY LED) di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya pada 15 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Terdahulu pada majlis itu Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menobatkan tiga usahawan OKU sebagai Ikon Usahawan OKU Selangor.

Program SAY LEAD edisi kelima yang berlangsung sejak Oktober tahun lalu disertai 30 peserta yang menjalani kursus profil keusahawanan dan model perniagaan kanvas serta rancangan perniagaan.

Kursus lain adalah penjenamaan dan pendigitalan pemasaran, pengurusan kewangan, sesi perkongsian beraama agensi berkaitan serta bengkel dan pembentangan perniagaan.

Pada majlis sama SAY turut meneruskan kerjasama sejak 2021 dengan Unit Perkhidmatan OKU (UPO) Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerusi pemeteraian Memorandun Persefahaman (MoU) berkaitan pembangunan OKU Selangor.

DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melawat reruai pemenang tempat pertama Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Selangor edisi kelima (SAY LED) Ahmad Anda di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya pada 15 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :