Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengucapkan selamat Hari Wesak kepada penganut Buddha di seluruh negara pada 22 Mei 2024. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MB: Hari Wesak terap keyakinan diri penganut, moga disambut meriah, harmoni

SHAH ALAM, 22 MEI: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengucapkan selamat Hari Wesak kepada penganut Buddha yang menyambutnya hari ini.

Beliau berharap proses ibadah dan upacara termasuk kunjungan ke kuil bagi memberi penghormatan kepada Gautama Buddha serta lafaz Tisarana berjalan lancar serta meriah.

“Hari Wesak merupakan lambang pencerahan selepas melalui kegelapan, ianya simbolik perjalanan hidup Gautama Buddha secara amnya.

“Sambutan perayaan satu lumrah di Selangor, di mana masyarakat berbilang kaum dan agama meraikan perayaan dengan meriah dan harmoni,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Hari Wesak menandakan pentingnya penganut agama Buddha menerapkan keyakinan diri dalam agama tersebut dan hidup berlandaskan kepercayaannya.

Di Selangor, antara lokasi tumpuan sambutan adalah Kuil Fo Guang Shan Dong Zen di Jenjarom, Kuala Langat dengan penganut mula berkumpul seawal jam 8 pagi.


Pengarang :