Operasi penguatkuasaan oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) ke atas sebuah premis di Taman Utama Klang kerana beroperasi tanpa lesen pada 16 Mei 2024. Foto Facebook Majlis Bandaraya Diraja Klang
PBTSELANGOR

MBDK kompaun pemilik premis jalan aktiviti kejuruteraan tanpa lesen

SHAH ALAM, 16 MEI : Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengeluarkan enam kompaun ke atas pemilik sebuah premis di Taman Utama Klang kerana beroperasi tanpa lesen.

Pihak berkuasa tempatan itu menerusi Facebook memaklumkan siasatan mendapati premis itu menjalankan aktiviti membuat dan menyimpan kerja kejuruteraan.

“Premis ini juga beroperasi sehingga menimbulkan kacau ganggu halangan kerana membina struktur tambahan bangunan tanpa kebenaran.

“Justeru, MBDK mengeluarkan enam kompaun diserah kepada wakil syarikat susulan kesalahan mempamerkan papan iklan tanpa lesen dan menimbulkan halangan kacau ganggu laluan,” maklum MBDK.

Syarikat itu dikenakan kompaun mengikut Undang-undang Kecil (UUK) 3, UUK Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (MPK) 2007, UUK7 Undang Undang Kecil Iklan (MPK) 2007 dan Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974.


Pengarang :