Foto Facebook MPAJ
PBTSELANGOR

MPAJ anjur pertandingan tarian sekolah rendah, tawar hadiah terkumpul RM8,300

SHAH ALAM, 14 MEI: Hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM8,300 menanti pemenang pertandingan tarian etnik kreatif peringkat sekolah rendah anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, penyertaan terbuka kepada semua sekolah di bawah pentadbirannya diadakan pada 11 Julai depan, bermula 8 pagi di Auditorium MPAJ, Aras 5, Menara MPAJ Pandan Indah.

Pertandingan menawarkan hadiah tempat pertama berjumlah RM1,500, kedua (RM1,000), ketiga (RM800), anugerah khas juri (RM500), busana dan tatarias terbaik (RM500) serta hadiah sagu hati bernilai RM200 kepada 20 penyertaan terawal.

“Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai minimum enam murid dan maksimum 10 murid.

“Klik pautan https://forms.gle/K8pJV5wYu2mjF4Qn8 untuk syarat-syarat dan kriteria penyertaan. Maklumat lanjut hubungi 017-820 4448 (Ashraff) atau 011-7302 4108 (Zakiah),” katanya di Facebook.

 


Pengarang :