Anggota penguat kuasa Unit Iklan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menyita sebanyak 260 iklan haram di sepanjang Taman Mawar Salak Tinggi dan Jalan Jenderam Salak. Foto Facebook Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang)
PBTSELANGOR

MPSepang sita 260 iklan haram, keluar 10 kompaun

SHAH ALAM, 19 MEI: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menyita sebanyak 260 iklan haram di sepanjang Taman Mawar Salak Tinggi dan Jalan Jenderam Salak Selasa lalu.

Operasi dijalankan anggota dan pegawai penguat kuasa unit iklan itu turut mengeluarkan 10 notis kesalahan kepada pemilik iklan tersebut.

“Iklan yang dipamerkan tidak mempunyai lesen atau permit akan dikenakan kompaun di bawah kesalahan Perkara 7 iaitu Undang-undang Kecil Iklan (MPSepang) 2007 mempamerkan iklan tanpa lesen.

“Pemilik iklan yang mempamerkan iklan tanpa lesen, perlu memohon lesen atau permit di Jabatan Pelesenan,” katanya menerusi Facebook.

Antara iklan diturunkan MPSepang adalah pinjaman wang, perbaharui cukai jalan dan insurans serta pemasangan kabinet.


Pengarang :