Papan iklan digital di tepi Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya terbakar pada 31 Mei 2024. Foto Facebook BERNAMA
AGENDAJENAYAH

Papan iklan digital tepi Lebuhraya Persekutuan terbakar

KUALA LUMPUR 31 MEI: Sebuah papan iklan digital di tepi Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya dekat sini, dilaporkan terbakar dipercayai 1.25 tengah hari tadi.

Video kebakaran itu tular di media sosial yang memperlihatkan asap tebal keluar dari papan iklan tersebut.

Selain itu, beberapa pemilik akaun media sosial mendakwa terdapat individu dikatakan pekerja yang melakukan kerja penyelenggaraan berada di bahagian atas papan tanda itu ketika kebakaran berlaku.

Berdasarkan video tular, individu terlibat dilihat menuruni papan iklan itu selain bomba sudah berada di lokasi kejadian untuk operasi memadamkan api.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt M Hussin Sollehuddin Zolkifly ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

– BERNAMA


Pengarang :