AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Peluang ikuti tujuh kursus TVET di STDC, yuran ditanggung Kerajaan Negeri

SHAH ALAM, 21 MEI: Pusat Pembangunan Kemahiran dan Teknikal Selangor (STDC) menawarkan peluang pengajian dalam program pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) bagi sesi pengambilan Jun.

Terbuka kepada individu berusia 18 tahun ke atas, pusat itu memaklumkan tujuh kursus ditawarkan bawah Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor dengan yuran pengajian serta penginapan ditanggung Kerajaan Negeri.

“Rakyat Selangor yang berkelayakan akan ditaja sepenuhnya yuran pengajian dan penginapan mereka.

“Pelajar juga berpeluang ditemu duga oleh industri bagi penempatan kerjaya,” tulisnya di Facebook baru-baru ini.

Tujuh kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • elektrik (tahap 2)
  • sistem komputer (tahap 3)
  • jahitan (tahap 1 & 2)
  • automotif (tahap 2)
  • kulinari (tahap 2)
  • pastri (tahap 2)
  • motosikal (tahap 1 & 2)

Pendaftaran boleh buat menerusi www.stdc.edu.my atau hubungi STDC ditalian 03-3281 2621 atau WhatsApp 014-649 2621

Maklumat lanjut berkaitan tawaran pengajian juga boleh diperoleh menerusi Selangor Technical Skills Development Centre – STDC (Facebook), stdckualaselangor (Instagram) dan stdcks (TikTok).


Pengarang :