Calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao menyepak bola pada sesi ramah mesra bersama pemain bola sepak dalam perlawanan antara Otai FC Jerantut bertemu Veteran Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 1 Mei 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Perkasa kebajikan wanita, belia antara tumpuan calon Kerajaan Perpaduan

HULU SELANGOR, 1 MEI: Kebajikan golongan belia dan wanita antara tumpuan calon Kerajaan Perpaduan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Pang Sock Tao menegaskan beliau komited menjaga kebajikan kedua-dua golongan berkenaan dengan meneruskan skim Iltizam Selangor Penyayang (ISP).

“Rancangan saya menganjurkan lebih banyak aktiviti yang memperkasakan golongan belia seperti latihan kemahiran insaniah, keusahawanan, riadah, perpaduan dan sukan.

Calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao bercakap kepada media ketika ditemui pada perlawanan bola sepak antara Otai FC Jerantut melawan Veteran Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 1 Mei 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Perjuangan saya juga untuk wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan terutama di kawasan Serendah yang mempunyai projek pembangunan bernilai tinggi,” katanya ditemui pada sesi ramah mesra perlawanan bola sepak di Padang Akademi Bomba KKB di sini, hari ini.

PRK DUN KKB diadakan susulan kematian Lee Kee Hiong akibat barah pada 21 Mac lalu.

Menyaksikan pertandingan empat penjuru, Sock Tao, 31, dicabar Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainudin Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

DUN tersebut memiliki 40,226 pengundi terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang tidak hadir luar negara.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK KKB pada 11 Mei, hari pengundian awal 7 Mei dengan tempoh berkempen 14 hari.

Calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao bergambar bersama permain ketika perlawanan bola sepak antara Otai FC Jerantut bertemu Veteran Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 1 Mei 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao pada sesi ramah mesra bersama pemain dalam perlawanan bola sepak antara Otai FC Jerantut bertemu Veteran Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 1 Mei 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

 


Pengarang :